Menu

 


 

Sempena Nama
"Dendang Anak"
Merupakan sebuah kumpulan seni persembahan yang menyampaikan
mesej BANGSA dan AGAMA menerusi lirik-lirik lagu dan
ekspresi muzik hasil gabungan alat-alat muzik tradisional dan moden.
Sebuah nama kecil dalam dunia seni persembahan.
Pernah diundang untuk mengadakan beberapa persembahan.
Antaranya ialah mengadakan persembahan pada
Malam Puisi Utusan ke-10 di Audiotorium DBKL
pada tahun 2003 dan Konsert Maal Hijrah yang
diadakan di Dataran Shah Alam pada
tahun 2004 bersama dengan artis tanah air seperti
Ramli Sarip, Ogy dan Kumpulan Kiai Kanjeng dari Indonesia.
Pernah muncul di TV1 dalam slot SPM, TV3 dalam WHI untuk promo
Konsert Maal Hijrah dan akhir sekali di TV9 rancangan
Nasi Lemak Kopi O sempena Hari Raya Aidil Adha.Sebahagian lagu
yang dicipta seperti Jalan Suffah dan Usul Bangsa pernah
dijadikan lagu tema dan diselitkan dalam drama TV Sumayyah..
 
♦♦♦
 
Bermula dari baldi menjadi gendang, tin susu dibubuh pasir dijadikan goncangan,
bermain di atas gunung dan di pinggir hutan. Kini dendang anak telah menghasilkan
lebih 400 buah lagu, diundang serata Nusantara,
2 kali mewakili Malaysia ke pesta Muzik dunia (World Muzik Festival)
juga undangan-undangan lain di negeri negeri dalam Malaysia (tv dan filem).
Kini sudah ada Dendang Anak Terengganu,
Dendang Anak Pahang, Dendang Anak Selangor, Dendang Anak Perak, Dendang Anak Kedah,
Dendang Anak Melaka, Dendang Anak Jenagor, Dendang Anak Nakal, Dendang Anak Pekan Baru,
Dendang Anak Pelalawan dan Inderagiri di profensi Riau, Indonesia.
 
 
 

Copyright © 2013 Dendang Anak International Entertainment. All Rights Reserved.
No part of this work may be reproduced or transmitted in any form or by any means, including but not limited to electronic or mechanical, without the prior written permission of DA.